About Me

My photo
ampang, kuala lumpur, Malaysia

Monday, November 28, 2011

episod si gila teliti

Seorang pesakit dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menjalani ujian mental bagi mengesahkan sama ada dia mengalami sakit jiwa ataupun tidak. Ujian mental ini perlu melalui 2 proses iaitu bertemu dengan pakar sakit jiwa dan pakar kaunseling.

UJIAN PERTAMA:

Pakar Sakit jiwa  :  Encik Saufi apa khabar? silakan duduk.

pesakit                :  Err baik tuan doktor.

Pakar Sakit Jiwa :  saya minta Encik Saufi buat satu perkara.

pesakit                : Apa dia tuan doktor saya tak ada masalah.

Pakar sakit Jiwa  : saya minta awak panjat lampu suloh ini bila saya nyalakan lampu ini nanti.

pesakit                :  tuan doktor dah gila kea nak sur0h saya panjat cahaya lampu tu?

Pakar Sakit Jiwa : Kalau macam tu, tahniah. Encik Saufi dah lulus dalam ujian ini, jadi boehlah jalani ujian kedua dengan kaunseling pula.

UJIAN KEDUA :

Pakar Kaunseling : Tahniah...... Encik Saufi kerana lulus dalam ujian pertama sebentar tadi.

pesakit                 : terima kasih, biasalah tuan.

Pakar Kaunseling : saya nak tahulah kenapa Encik Saufi tidak mahu memanjat cahaya lampu bila disur0h dalam ujian pertama sebentar tadi.

pesakit                 : Cubalah tuan fikir, kalau saya panjat cahaya lampu tiba-tiba doktor tu padamkan lampu suluhnya, dah tentu saya terjatuh.... betul tak tuan?

Pakar Kaunseling :    ????              

1 comment: